Tuesday, October 16, 2018

Remaja terlanjur mengandung tidak perlu takut tampil mencari penyelesaian

Tags

REMAJA mengandung disebabkan terlanjur tidak perlu takut untuk tampil mencari jalan menyelesaikan masalah bersama-sama dengan pihak berkuasa dan masyarakat, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

GAMBAR hiasan

Wan Azizah diminta mengulas mengenai kes seorang remaja perempuan yang dilaporkan meninggal dunia ketika melahirkan anak dalam bilik air di rumahnya di Taman Kerian Permai, Parit Buntar, Perak, pada Ahad lepas.

Remaja tersebut yang berkurung dalam bilik air sejak 8.30 pagi ditemui tidak sedarkan diri oleh ibunya kira-kira jam 2.00 petang selepas memecahkan pintu tandas. Remaja terbabit dan bayinya disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.



Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata, setiap manusia melakukan kesilapan dan perlu mencari jalan keluar apabila ditimpa masalah.

Wan Azizah

"Carilah pertolongan. Ia bukan jalan buntu. Kita semua ada melakukan kesilapan dalam hidup. Tampillah ke depan. Ada orang yang sudi menolong.

"Malah kita ada kaunselor di sekolah untuk sesi kaunseling untuk mana-mana remaja yang menghadapi masalah," katanya kepada pihak media selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa Fiqh dan Muzakarah ke-4 di Institut Sosial Malaysia, Kuala Lumpur hari ini.

Share artikel ini kepada rakan anda.
Sharing is Caring

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon