Tuesday, October 16, 2018

Sand Palace rumah kalis taufan, kekal utuh dibadai Taufan Michael

Tags

FLORIDA: Gambar menakjubkan menunjukkan sebuah rumah masih berdiri kukuh walaupun keadaan sekitar musnah akibat Taufan Michael yang melanda Mexico Beach, Florida, Rabu lalu.

Sand Palace. FOTO: nytimes

Kediaman tiga tingkat dinamakan Sand Palace (Istana Pasir) cuma mengalami sedikit kerosakan akibat bencana itu dengan aras bawah serta tangga ke aras pertama musnah, namun di aras atasnya masih dalam keadaan baik walaupun beberapa tingkap pecah.

Sand Palace. FOTO: nytimes

Pemiliknya, Russell King, 68, memberitahu New York Times, dia memilih bahan dan reka bentuk khusus untuk rumahnya sebagai persediaan menghadapi taufan besar.

Sehingga kini seorang penduduk disahkan maut di Mexico Beach yang terdedah secara langsung kepada taufan itu tetapi penyelamat berdepan kesukaran akibat halangan di laluan utama dan timbunan runtuhan, lapor Daily Mail.

Reuters melaporkan, 18 kematian disahkan manakala puluhan penduduk dari komuniti Panhandle dilaporkan masih hilang akibat taufan berkenaan. Pasukan penyelamat menjangkakan jumlah kematian akan terus meningkat. -Agensi/MyMetro

Share artikel ini kepada rakan anda.
Sharing is Caring

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon