Friday, October 5, 2018

'Saya tak pernah sentuh dadah dan juga tidak merokok,' - Najwa

Tags

SEMALAM, tular berita pihak polis mencari pelakon utama drama Kekasih Paksa Rela, Intan Najwa Abd Wahid (21) sebagai saksi perbicaraan membabitkan kes dadah mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Najwa tak lari

Jurucakap polis, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya dalam satu kenyataan berkata, turut dikesan bagi menjadi saksi kes yang sama ialah Anwaruddin Mohd Izzuddin (21), dan Mohd Nizam Ali (37).


Apa kata Najwa apabila dihubungi pihak media (BH Online) semalam berkenaan isu tersebut?


"Saya tak pernah sentuh benda itu, malah saya tidak merokok. 

"Saya masih di Malaysia, ada di rumah, tidak pergi ke mana-mana pun. Saya diminta untuk menjadi saksi kepada kes penyalahgunaan dadah membabitkan seorang kawan kira-kira dua tahun lalu.

"Ketika itu pihak polis memaklumkan saya mempunyai pilihan sama ada bersetuju untuk menjadi saksi atau sebaliknya. Jadi, saya memilih untuk tidak memanjangkan cerita dan tidak bersetuju untuk menjadi saksi memandangkan saya tidak tahu mengenai kejadian itu.

"Saya dipanggil untuk menjadi saksi di mahkamah dan bukannya dikehendaki polis kerana melakukan jenayah. Saya tidak terbabit langsung dengan kes penyalahgunaan dadah, tak sentuh langsung," katanya.

Ternyata Najwa sangat terkejut apabila namanya terpampang di beberapa media seolah-olah menggambarkan dia seorang penjenayah yang dikehendaki polis.

Najwa berkata, dia akan memberi kerjasama kepada pihak polis dengan hadir ke mahkamah untuk membersihkan namanya dan tidak mahu memanjangkan perkara itu.

Share artikel ini kepada rakan anda.
Sharing is Caring

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon