Wednesday, October 10, 2018

Tuntutan Vida ini membawa episod perselisihannya dengan Aishah ke tahap yang memuakkan

Tags

NAMPAKNYA drama antara Aishah, juara Gegar Vaganza musim keempat dengan jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida memasuki fasa yang seterusnya.

Vida & peguam

Kali ini giliran Vida pula mengeluarkan notis tuntutan permohonan maaf dalam tempoh tujuh hari daripada Aishah sebelum beliau memenuhi semua tuntutan penyanyi itu.

Menerusi surat bertarikh 9 Oktober, Vida menerusi peguam Zailan Mohamed menuntut agar Aishah membuat permohonan maaf secara terbuka berhubung penggunaan perkataan berlian palsu terhadap hadiah rantai berlian yang telah diberikan kepadanya.


Selain itu, Vida juga mahu mengadakan pertemuan secara bersemuka bagi menyelesaikan kemelut tersebut dan meminta Aishah memadamkan kesemua kenyataan yang telah dikeluarkan di media sosial.

"Saya juga tiada masalah untuk meminta maaf dan memenuhi tuntutan Aishah yang mahukan barangan kemas sekiranya pihaknya membuat permohonan maaf dan bersedia untuk memadamkan kenyataannya sebelum ini," kata Vida dalam sidang akhbar yang diadakan semalam (9/10/2018).

Perselisihan faham antara Vida dan Aishah bermula pada 25 Ogos lalu apabila penyanyi lagu Janji Manismu itu mendedahkan hadiah barangan kemas yang bernilai RM80,000 tajaan Vida dalam Gegar Vaganza musim keempat adalah palsu.

Lima hari lepas, Aishah memberikan tempoh tujuh kepada Vida untuk memenuhi dua tuntutan yang dikemukakan melalui peguam yang mewakilinya berkaitan dengan isu pemberian hadiah berlian palsu selepas menjuarai pertandingan GV4.


Share artikel ini kepada rakan anda.
Sharing is Caring

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon