Friday, October 5, 2018

Wanita warga asing asyik mengurut ketika diserbu pihak berkuasa

Tags

TUJUH wanita tukang urut warga Thailand ditahan dalam satu serbuan di premis pusat refleksologi di Kuah, Langkawi, semalam.

GAMBAR hiasan

Dalam Op Mega 3.0 bermula 3 petang yang disertai tujuh anggota Jabatan Imigresen Kedah, seramai 10 orang diperiksa termasuk tujuh wanita terbabit.

Pengarah Imigresen negeri, Zuhair Jamaludin berkata, pihaknya mendapati tujuh wanita berusia antara 21 hingga 43 tahun itu melakukan kesalahan imigresen.




Antara yang diperiksa

Katanya, ketika serbuan itu, ada antara mereka yang sedang mengurut pelanggan.

“Ada juga yang ditahan ketika cuba bersembunyi di belakang kerusi urut di bahagian hadapan pusat refleksologi ini.

“Pemeriksaan lanjut mendapati tujuh wanita ini melakukan kesalahan melanggar syarat pas diberikan dengan bekerja sebagai tukang urut,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.



GAMBAR hiasan

Zuhair berkata, kesemua wanita terbabit akan dibawa ke Depoh Tahanan Imigresen Belantik, Sik untuk siasatan lanjut. -myMetro

Share artikel ini kepada rakan anda.
Sharing is Caring

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon