Friday, October 26, 2018

Yang di-Pertua Dewan Rakyat tegur Menteri dan Timbalan Menteri tidak berdisiplin

Tags

Yang di-Pertua Dewan Rakyat (YDP), Datuk Mohamad Ariff Md Yusof telah menegur Menteri dan Timbalan Menteri yang kurang berdisiplin.

Kosong

Teguran itu dibuat apabila tiada Menteri ataupun Timbalan Menteri yang hadir dalam dewan Parlimen untuk menjawab soalan dalam sesi soal jawab lisan pada Persidangan Dewan Rakyat.

"Kita tidak boleh berharap seratus peratus kehadiran, itu mustahil. Terpulang kepada keadaan tetapi sesiapa yang seharusnya hadir di Parlimen kalau ada sesuatu yang akan dikemukakan olehnya, atau dijawab olehnya, dia patut hadir," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat rombongan pengurusan tertinggi Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di Kuala Lumpur, hari ini.

Semalam, Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Rashid Hasnon turut menegur Menteri dan Timbalan Menteri agar lebih berdisiplin menjaga kehadiran di Parlimen.


Pada 23 Oktober lepas, Ahli Parlimen Pendang, Awang Hashim membangkitkan isu kehadiran ahli Parlimen ketika membahaskan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-11 yang mempersoalkan kehadiran sesi petang persidangan Dewan Rakyat yang merekodkan kehadiran kurang 20 peratus daripada 222 anggota Parlimen.

Share artikel ini kepada rakan anda.
Sharing is Caring

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon