Tuesday, November 13, 2018

[7 GAMBAR] Dunia dipenghujung usia, pemuda bernikah dengan penyanyi hologram seksi

Tags

TOKYO - JEPUN: Ibu Akihiko Kondo menolak jemputan perkahwinannya pada bulan ini.

Kondo & Miku bersanding

Ini kerana dia akan berkahwin dengan hologram, penyanyi maya digelar Hatsune Miku.

Sah sebagai isteri kepada Kondo

"Bagi seorang ibu, ia bukan sesuatu yang patut diraikan," kata lelaki berusia 35 tahun.

Malah tiada saudara mara menghadiri majlis perkahwinannya dengan Miku, animasi berumur 16 tahun.

Namun, ia tidak menghalang Kondo untuk meneruskan acara tersebut di sebuah dewan di Tokyo yang turut menelan kos 2 juta yen (RM73,643).

Potong kek kahwin

Bersama isteri tercinta

Kira-kira 40 tetamu menyaksikan lelaki terbabit mengikat tali cinta dengan Miku yang hadir dalam bentuk anak patung.

Sah tidur seranjang

Sejak Mac lalu, Kondo telah 'tinggal' bersama hologram Miku dalam sebuah komputer.

Hologram Miku

Syarikat yang menghasilkan peranti menampilkan Miku, Gatebox turut mengeluarkan 'sijil perkahwinan' kepada Kondo.

Sijil nikah

Difahamkan, firma tersebut telah memberikan lebih 3,700 sijil perkahwinan 'rentas-dimensi' seperti pasangan Kondo dan Miku. - AFP

Share artikel ini kepada rakan anda.
Sharing is Caring

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon