Saturday, November 17, 2018

Ahli kumpulan One Direction, Zayn Malik isytihar murtad dan tidak percaya mana-mana agama!

Tags

LONDON: Bekas anggota kumpulan One Direction, Zayn Malik membuat pendedahan kontroversi apabila dia secara terbuka berani mengaku bahawa dia kini tidak lagi mengamalkan Islam.

Zayn Malik

Pengakuan menerusi temu ramah dengan British Vogue itu, menimbulkan kecaman di media sosial terutama daripada peminatnya yang mengatakan mereka malu dengan penyanyi berusia 25 tahun kerana mempersendakan agama Islam.

Dalam temu ramah itu, Zayn berkata, dia tidak mengamalkan ajaran Islam malah tidak percaya dengan mana-mana agama.

Dia memberitahu majalah itu: “Saya mengaku bukan lagi beragama Islam” dan apabila ditanya sama ada dia menganggap dirinya penganut Islam, dia membalas: “Tidak.”

Menurutnya, sebelum ini dia mempunyai kepercayaan kepada tuhan tetapi tidak mengamalkannya seperti solat dan makan daging halal.

“Saya tidak percaya kamu perlu makan daging tertentu yang dibacakan doa tertentu. Saya juga tidak percaya kamu perlu membaca doa dalam bahasa tertentu lima kali sehari.

“Satu pun saya tidak percaya. Saya cuma percaya, jika kamu seorang yang baik, semua urusan kamu akan menjadi lancar,” katanya.

Zayn berkata, dia merancang menjalani hidup dengan berbuat baik untuk mendapat layanan yang sama.

Bintang itu menjelaskan, meninggalkan Islam perkara yang mudah baginya dan keluarga biarpun pernah ke masjid dan mendalami agama itu ketika zaman kanak-kanak.

Dia berkata, ibu bapanya sentiasa memberi kebebasan untuk membuat pilihan, dan ajaran Islam yang menjadi sebahagian besar pembesarannya akan sentiasa dekat dengan hatinya.

Bapanya, Yaser manakala ibunya, Trisha memeluk agama Islam ketika mengenali bapanya. Pasangan itu membesarkan semua anak mereka dengan ajaran Islam.

Ogos lalu, Zayn menyambut Aidiladha bersama keluarganya serta keluarga teman wanitanya, model Gigi Hadid yang bapanya berbangsa Jordan-Amerika.

Zayn dan Gigi

Gigi sendiri tidak pernah membincangkan kepercayaannya, namun kakaknya Bella amat terbuka mengakui pembesaran mereka sebagai orang Islam, malah menyuarakan kebanggaannya menjadi Muslimah. -HMetro/ NST Press

Share artikel ini kepada rakan anda.
Sharing is Caring

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon