Monday, November 5, 2018

Azmin mendapat sokongan padu rakyat Sabah sebagai Timbalan Presiden PKR

Tags

CALON Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali terus mengukuhkan kedudukannya di Sabah selepas menang di enam cabang pada fasa kedua pemilihan parti peringkat negeri Sabah di 13 daripada 25 cabang secara serentak semalam (4/11/2018).

Azmin vs Rafizi

Ia melibatkan cabang Kudat, Kota Belud, Putatan, Penampang, Kimanis, Ranau, Beluran, Tenom, Pensiangan, Kinabatangan, Silam, Semporna dan Papar.

Azmin merupakan penyandang jawatan Timbalan Presiden PKR dan juga merangkap Menteri Hal Ehwal Ekonomi berjaya memperoleh 3,469 undi sekali gus menewaskan pencabarnya, Rafizi Ramli yang sekadar memungut 2,021 undi.


Berdasarkan keputusan setakat pukul 6.30 petang semalam, Azmin menang di cabang Kudat (831 undi), Putatan (383), Ranau (574), Beluran (128), Silam (669) dan Papar (374).

Sementara itu, Rafizi pula meraih sokongan di tiga cabang iaitu Penampang (207 undi), Semporna (355) dan Kimanis (317).

Bagaimanapun, keputusan bagi cabang Kota Belud, Tenom, Pensiangan dan Kinabatangan masih belum diperoleh.

Pemilihan fasa 1 yang terdiri daripada 12 cabang iaitu Kota Kinabalu, Kota Marudu, Tuaran, Sepanggar, Kota Kinabalu, Beaufort, Sipitang, Ke­ningau, Libaran, Batu Sapi, Sandakan, Tawau dan Kalabakan selesai pada 3 November lepas.

Walau bagaimanapun pemilihan bagi cabang Keningau yang turut dihadiri oleh Rafizi dibatalkan kerana berlaku kekecohan semasa pemilihan sedang berlangsung.

Lihat video kekecohan tersebut di page facebook SayaKata.

Share artikel ini kepada rakan anda.
Sharing is Caring

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon