Sunday, November 11, 2018

Azmin tewas tipis kepada Rafizi dalam pemilihan di Cabang PKR Keningau

Tags

KENINGAU - Rafizi Ramli berjaya menewaskan pencabarnya, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam usahanya merebut jawatan Timbalan Presiden PKR pada pemilihan parti itu di Cabang Keningau semalam.

Azmin vs Ravizi

Rafizi memperoleh sebanyak 624 undi manakala Azmin pula mengumpul 621 undi.


Jumlah tersebut diperoleh hasil undian 2,735 daripada 6,411 ahli PKR Cabang Keningau yang menggunakan kaedah e-undi di Dewan Badminton, Kompleks Sukan, Keningau yang dibuka pada pukul 9 pagi dan ditutup pada pukul 3 petang.

Bagaimanapun, Azmin masih mendahului Rafizi dengan jumlah keseluruhan sebanyak 6,042 undi manakala Rafizi sekadar memperoleh 5,388 undi bagi 23 daripada 25 cabang PKR Sabah yang telah selesai membuat pemilihan.

Share artikel ini kepada rakan anda.
Sharing is Caring

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon