Monday, November 5, 2018

Bekas KM Sabah, Musa Aman akan didakwa petang ini di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur

Tags

BERIKUT adalah kenyataan rasmi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melalui Facebook rasmi SPRM berkenaan berita tular di media berkaitan pendakwaan bekas Ketua Menteri Sabah, Musa Aman di mahkamah pada petang hari ini.

Musa berdepan pertuduhan

KENYATAAN MEDIA RASMI SPRM

MUSA DITAHAN UNTUK PENDAKWAAN

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman berhubung siasatan kes rasuah setelah SPRM mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara, hari ini.

Penahanan itu dibuat pada jam 10.05 pagi di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya.

Susulan itu, Musa akan menghadapi beberapa pertuduhan di bawah Akta Pencegahan Rasuah (APR) 1997.

Musa akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 5 November 2018, jam 2.00 petang ini untuk pertuduhan tersebut.

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA

5 NOVEMBER 2018

Kenyataan media rasmi SPRM

Share artikel ini kepada rakan anda.
Sharing is Caring

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon