Monday, November 12, 2018

Dasar kerajaan baharu Sabah terhadap PATI gugat keselamatan Sabah

Tags

KOTA KINABALU - Pelaksanaan dasar baharu kerajaan negeri berkaitan pemutihan pendatang asing tanpa izin (PATI) melalui pendaftaran dan kebenaran penggunaan bot pam di kawasan perairan Sabah dilihat mengugat keselamatan di negeri ini.

PATI masalah Sabah

Datuk Japlin Akim (UMNO-Usukan) berkata, keamanan dan keselamatan rakyat di dalam sesebuah negeri sepatutnya menjadi keutamaan kerajaan sebelum dasar baharu dilaksanakan.

Menurut Japlin, pelaksanaan dasar itu selain isu keselamatan, sektor pelancongan juga dijangka terjejas sekali gus membantutkan pembangunan ekonomi negeri.

"Sabah kini aman, rakyat yang tinggal di negeri ini juga berasa selamat. Jangan sampai kita jalan-jalan di sekitar bandar raya Kota Kinabalu akan berasa takut.

"Peluang pendaftaran kepada PATI dan gelandangan menyebabkan mereka berduyun datang dan seolah-olah kehadiran mereka pula diiktiraf kerajaan.

"Lebih menakutkan jika program PATI diteruskan tanpa garis panduan yang ketat sukar untuk kita membendung kehadiran mereka kelak," katanya pada Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah ke-15 di sini hari ini.

GAMBAR hiasan. FOTO: Sarimin

Selain pendaftaran PATI, Japlin turut mengkritik kebenaran pendaftaran lewat kelahiran dan dokumen pengenalan diri yang dilaksanakan kerajaan negeri.

Bantah pemberian dokumen

Japlin juga melahirkan kebimbangan tentang keselamatan perairan negeri apabila kerajaan membenarkan sistem barter dan penggunaan bot pam di perairan sekitar Sabah.

"Oleh itu saya berharap kerajaan mengkaji semula dasar yang telah dilaksanakan terutama apabila ia memberi kesan kepada keamanan di negeri kita," hujahnya.

Sumber artikel: K! Online

Share artikel ini kepada rakan anda.
Sharing is Caring

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon