Monday, November 12, 2018

[GAMBAR] Polis siasat aksi keLGBTan melampau di Pantai Batu 9, Port Dickson

Tags

PORT DICKSON - Pihak polis masih menyiasat kesahihan maklumat yang tular di media sosial mengenai aktiviti melampau sekumpulan lelaki berperwatakan wanita di Pantai Batu 9 di sini tiga hari lalu.

Semalam, Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, pihaknya maklum berhubung maklumat yang tular tersebut, namun tiada sebarang laporan polis dibuat oleh mana-mana pihak.

GAMBAR tular

GAMBAR tular

"Saya mengarahkan anggota polis ke lokasi didakwa apabila mendapat tahu mengenai maklumat itu dua hari lalu. Bagaimanapun tiada aktiviti seperti didakwa berlaku di situ apabila anggota kami tiba di sana.

"Kami akan memantau kejadian seperti itu dari semasa ke semasa," katanya ketika dihubungi pihak media semalam.

Tiga hari lepas, sekeping gambar didakwa lebih 30 lelaki berperwatakan wanita berkumpul dan tanpa segan silu membuka seluar dalam dan baju sambil beriadah di Pantai Batu 9 dalam keadaan mengaibkan tular di media sosial.

Kumpulan itu didakwa mula berkumpul pada pukul 2 petang sebelum beredar kira-kira pukul 6 petang pada hari kejadian.

Share artikel ini kepada rakan anda.
Sharing is Caring

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon