Thursday, November 15, 2018

Ini akibatnya jika tidak menjawab panggilan telefon dari bekas kekasih!

Tags

SUNGAI PETANI: Kerana berang dengan sikap bekas kekasihnya yang tidak menjawab panggilan telefon, seorang lelaki berusia 18 tahun bertindak merogol gadis berusia 16 tahun itu di sebuah rumah di Sungai Lalang, baru-baru ini.

GAMBAR hiasan

Kejadian berlaku jam lebih kurang 11 malam pada 11 November lalu di sebuah rumah di Taman Bandar Baru selepas mangsa dihubungi bekas kekasihnya untuk bertemu. Sebaik bertemu, mangsa dibawa ke rumah milik rakan suspek dan suspek kemudian bertindak merogol mangsa secara bergilir bersama seorang rakannya.

Selepas melakukan perbuatan keji itu, suspek menghantar mangsa pulang dan mangsa kemudian memberitahu kedua ibu bapanya tentang kejadian itu.

Ibu bapa mangsa kemudian membawa mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda.

Ketua Polis Daerah Kuala, ACP Adzli Abu Shah mengesahkan menerima laporan tersebut.

Susulan laporan itu, sepasukan anggota polis dari Balai Polis Bedong bertindak menahan dua suspek berusia 18 dan 19 tahun dalam serbuan berasingan di dua rumah dekat Bedong antara pukul 1 dan 2 pagi semalam.

Kedua-dua suspek kemudian direman sehingga 20 November bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. -Sumber: ASTROAWANI

Share artikel ini kepada rakan anda.
Sharing is Caring

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon