Thursday, November 15, 2018

Jangan biarkan monyet berkeliaran di halaman rumah. Jadikan ini sebagai pengajaran...

Tags

INDIA - Seorang bayi lelaki bernama Arush berusia 12 hari maut akibat kecederaan parah setelah dilarikan seekor monyet yang memasuki rumah mangsa di pinggir bandar Agra, Isnin lalu.

Arush. FOTO: Dailymail

Ketika kejadian, Neha sedang menyusukan Arush di dalam rumah. Tanpa dijangka, seekor monyet masuk melalui pintu utama rumah yang terbuka lalu menerkam dan menggigit kepala Arush.

"Pintu utama rumah terbuka dan ketika itu isteri saya sedang menyusukan Arush.

"Seekor monyet tiba-tiba masuk dan menerkam serta menggigit kepala anak saya sebelum membawanya lari.

Isteri saya tergamam dan tidak mampu berbuat apa-apa ketika itu," kata Yogesh, suami kepada Neha seperti yang dilaporkan oleh akhbar Dailymail.

Tambah Yogesh lagi, dia dan beberapa penduduk lain mengejar monyet tersebut sebelum ia meninggalkan Arush di atas bumbung rumah jiran dalam keadaan berlumuran darah.

Mangsa segera dikejarkan ke hospital namun disahkan meninggal dunia sejurus tiba di hospital.

Share artikel ini kepada rakan anda.
Sharing is Caring

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon