Tuesday, November 13, 2018

Jika panik sila bertenang dan hubungi polis bukan login akaun bank! Ini akibatnya...

Tags

Disebabkan panik kerana ketakutan, seorang kerani akaun kerugian RM120,000 akibat ditipu selepas terperdaya dengan sindiket Macau Scam, semalam.

Macau Scam

Sebelum itu, lelaki berusia 39 tahun itu menerima satu panggilan telefon kononnya daripada pihak mahkamah yang meminta dia hadir untuk perbicaraan kes.

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor, panggilan mangsa "disambungkan" kepada seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai "sarjan" sambil memaklumkan bahawa mangsa mempunyai kes berkaitan penggubahan wang haram.

"Sarjan itu memberitahu mangsa bahawa kesnya masih dalam siasatan dan meminta tidak memaklumkan kepada sesiapa memandangkan mangsa adalah "suspek" dalam kes itu serta meminta mangsa memberi kerjasama.

"Kerana panik dan takut, mangsa tanpa berfikir panjang terus membuat pemindahan wang dari akaun simpanan miliknya ke nombor akaun bank yang diberikan suspek sepertimana yang diarahkan.

"Mangsa melakukan lima transaksi pemindahan wang ke dalam empat akaun bank berlainan dalam masa tujuh hari membabitkan jumlah keseluruhan RM120,000.

"Malah, mangsa mendakwa bertindak demikian apabila dimaklumkan bahawa kesemua wangnya untuk tujuan siasatan dan akan dipindahkan kepada Juru Audit Negara.

"Mangsa akhirnya tersedar ditipu lalu membuat laporan polis untuk siasatan.

"Modus operandi yang digunakan suspek sama seperti kes lain yang berlaku di seluruh negara, namun masih ada individu yang ditipu dan diperdaya.

"Justeru, polis menasihati orang ramai supaya tidak mudah panik apabila menerima panggilan telefon seperti ini sebaliknya menghubungi polis atau pihak berkuasa untuk pengesahan," katanya dalam satu kenyataan pada hari ini.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Share artikel ini kepada rakan anda.
Sharing is Caring

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon