Thursday, November 1, 2018

Lori terbabas, daging babi bertaburan di atas Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1)

Tags

KUANTAN - Daging babi bertaburan di atas Jambatan Temerloh di kilometer 128.9 Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) pada jam 11.30 pagi semalam.

Daging babi bertaburan

Ketua Polis Daerah Temerloh Asisten Komisioner Zundin Mohmod berkata, kejadian itu dipercayai berlaku apabila tayar belakang lori tersebut pecah sebelum terbabas dan melanggar besi penghadang sebelah kiri jalan.

Lokasi kejadian

"Pemandu lori itu yang berusia, 64 tahun hanya mengalami kecederaan pada kaki kiri serta kepala dan telah dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh untuk mendapatkan rawatan," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Share artikel ini kepada rakan anda.
Sharing is Caring

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon