Thursday, November 1, 2018

Mia sedang berpantang, suami [penjaga gol pasukan JDT] pula curang dengan perempuan lain

Tags

Rumah tangga pelakon, Mia Ahmad dikatakan sedang mengalami pergolakan apabila suaminya, Mohd Izham Tarmizi dipercayai curang dengan perempuan lain.

Mia Ahmad. FOTO: Instagram

Mia (30), juga bertindak memadam semua gambar suaminya yang juga penjaga gol pasukan bola sepak JDT dan memuat naik kata-kata berbaur kesedihan di laman Instagramnya.


“Allah menghantar seseorang itu dalam hidup kita bersebab dan menyingkirkan dia juga atas alasan yang lebih baik,” tulisnya pada status di akaun Instagram.

Disaat bahagia

Bagaimanapun, pelakon drama bersiri Hati Perempuan itu enggan mengulas lanjut tentang isu ini kerana bimbang ia disalah tafsir.

Ketika ini, Mia sedang menjalani proses pantang selepas melahirkan anak sulung pada 28 September lalu.

Pasangan ini berkahwin pada 13 Januari 2017 selepas setahun berkenalan dan mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Sayf Issa pada 28 September lalu.

Share artikel ini kepada rakan anda.
Sharing is Caring

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon