Friday, November 16, 2018

[PANAS!] Kemenangan Mohamad Hasan di DUN Rantau batal dan tidak sah!

Tags

SEREMBAN - Mahkamah Tinggi Seremban hari ini mengisytiharkan kemenangan Datuk Seri Mohamad Hasan yang juga bekas Menteri Besar Negeri Sembilan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) adalah batal dan tidak sah.

Mohamad Hasan vs S. Streram

Hakim Datuk Azimah Omar membuat keputusan tersebut dan mengarahkan satu Pilihan Raya Kecil (PRK) diadakan serta merta di kerusi itu yang sebelum ini dimenangi oleh Mohamad tanpa bertanding.

Hassan dan pasukan peguam

Pada 28 April 2018, Mohamad diumumkan menang tanpa bertanding oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Rantau, Amino Agos Suyub berikutan Dr Streram Sinnasamy gagal menghantar borang penamaan calon selepas tidak dibenarkan masuk ke pusat penamaan calon di Dewan Seri Rembau kerana tidak mempunyai pas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Berikutan itu, Streram memfailkan petisyen bagi mencabar keputusan PRU-14 bagi kerusi DUN Rantau di Mahkamah Tinggi Seremban pada 23 Mei 2018.

Streram yang juga seorang doktor pakar bius menamakan Mohamad sebagai responden pertama, Amino Agos (kedua) dan SPR (ketiga).

Streram dan pasukan peguam

Azimah dalam penghakimannya berkata, seramai 19 saksi telah memberi keterangan sepanjang 12 hari petisyen itu dibicarakan di Mahkamah Tinggi di sini.

Menurut beliau, mahkamah mendapati bahawa tidak wujud undang-undang tentang keperluan pas untuk calon PRU-14 masuk ke dalam dewan penamaan calon bagi mengemukakan borang pencalonan.

Selain itu, Azimah juga berkata, halangan yang dikenakan keatas Streram pada hari penamaan calon adalah tidak munasabah dan satu bentuk penindasan.

"Responden kedua dan ketiga tidak mematuhi, engkar dan cuai dalam melaksanakan tugas rasmi yang dipertanggungjawabkan kepada mereka.

"Mahkamah mengisytiharkan Mohamad tidak dipilih secara sah dan satu PRK diadakan untuk DUN Rantau dengan serta merta," katanya.

Share artikel ini kepada rakan anda.
Sharing is Caring

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon