Wednesday, November 14, 2018

Pelakon dan pelawak terkenal, Zaibo telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya

Tags

Pelakon dan pelawak, Zaibo, meninggal dunia di kediamannya di Rengit, Batu Pahat, Johor sekitar pukul 1.20 petang sebentar tadi.

Zaibo

Terdahulu, Zaibo atau nama sebenarnya Zainal Ariffin Abd. Hamid, 62, tidak menyedari dia menghidap kanser esofagus tahap empat sehinggalah pada Ramadan lalu apabila beliau kerap mengadu tersedak dan tidak boleh menelan makanan setiap kali makan.

Beliau kemudian dirujuk di hospital besar sebelum keputusan pemeriksaan imbasan tomografi berkomputer (CT Scan) mengesahkan dirinya menghidap kanser esofagus tahap empat.

Zaibo ketika dalam rawatan

Berita sedih itu disahkan oleh isterinya, Siti Hawa Sawal, 52.

"Abang Zaibo dah tiada. Minta doakan dia ya," katanya ringkas.

Siti Hawa berkata, jenazah akan dikebumikan selepas waktu Isyak malam ini di tanah perkuburan Islam di Rengit, Batu Pahat, Johor.

Share artikel ini kepada rakan anda.
Sharing is Caring

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon