Tuesday, February 26, 2019

Kehidupan Zakaria Hanafi berubah 360 darjah sejak 10 hari lepas

Tags

Hanya mereka yang pernah menjadi calon bertanding dalam Pilihanraya sahaja yang tahu "nikmat" yang terpaksa dihadapi sebelum, semasa dan selepas selesai pembuangan undi.

Zakaria Hanafi (tengah)

Mandi tak basah, tidur tak lena, makan tak kenyang.

Itulah yang dihadapi oleh Zakaria Hanafi, 58, semenjak namanya diumumkan sebagai calon BN bagi PRK DUN Semenyih.

Zakaria mengakui kehidupannya kini berubah 360 darjah.


Menurutnya, beliau kini hanya tidur selama tiga ke empat jam sehari dan situasi tersebut merisaukan isterinya namun dia tetap setia menyokong perjuangan suaminya.

Mujur, semua anaknya termasuk dua orang yang terlibat dalam bidang perubatan banyak memberikan nasihat malah membelikan makanan tambahan untuknya supaya kekal bertenaga sepanjang kempen.

“Tiada rahsia untuk kekal sihat cuma saya bersyukur anak-anak ada latar belakang perubatan sikit.

“Mereka banyak beli supplement (makanan tambahan) beri kepada saya, beri semangat juga,” katanya kepada pihak media selepas melawat rumah penduduk di Bandar Sunway Semenyih, di sini, petang tadi.

Share artikel ini kepada rakan anda.
Sharing is Caring

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon