Wednesday, February 27, 2019

Mulut 'Bobby' dikelar seperti watak Joker dalam filem Batman 'The Dark Knight'

Tags

Sebenarnya dalam dunia ni bukan haiwan atau binatang yang melakukan kesalahan tapi mereka yang bergelar MANUSIA! Kejadian berlaku di Seoul, Korea Selatan.

Bobby

Seekor anak anjing jenis Golden Retriever berjaya diselamatkan setelah ditemui dalam keadaan hampir mati di sebuah kawasan terbiar di Seoul.

Anjing diberi nama Bobby itu ditemukan dalam keadaan bahagian tepi mulutnya dikelar seperti watak Joker dalam filem Batman: The Dark Knight.

Kaki hadapannya turut patah, manakala kukunya pula hancur menyebabkan anak anjing berusia enam bulan itu mengalami kesukaran untuk berjalan.

Menurut mereka yang menemui Bobby, kaki anak anjing itu juga seolah-olah sengaja dibakar berikutan kesan luka yang kelihatan.

"Terdapat banyak kesan dera pada badan Bobby, dan ia memerlukan masa untuk kembali sembuh," kata jurucakap persatuan kebajikan haiwan We Love Dogs, yang membiayai rawatan Bobby.

Menurut persatuan terbabit, mereka kini sedang cuba menjejaki individu yang bertanggungjawab mencederakan Bobby. - Dailymail

Apapun yang dilakukan oleh anjing tersebut sehinggakan diperlakukan sebegitu kejam, yang salah ialah manusia kerana manusia berdosa anjing pula tidak. Setuju?

Share artikel ini kepada rakan anda.
Sharing is Caring

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon