Monday, February 25, 2019

Operasi memburu babi hutan menghantui penduduk diteruskan di Melaka

Dapatkah anda bayangkan lebih 10 aduan diterima daripada penduduk setiap minggu berkaitan masalah tanaman dirosakkan oleh babi hutan? Di Melaka perkara ini telah berlaku sejak lebih seminggu lepas!

Babi hutan. Sekadar gambar hiasan.

Babi hutan itu bukan sahaja menyebabkan pekebun mengalami kerugian kerana kerosakan tanaman tapi turut menjejaskan keselamatan penduduk.

Exco Pertanian, Pembangunan Usahawan, Industri Asas Tani dan Koperasi Melaka, Norhizam Hassan Baktee berkata, menyedari permasalahan yang tidak hanya menghantui penduduk di kawasan kampung malah juga di taman perumahan, pihaknya telah meneruskan operasi menembak haiwan berkenaan dengan kerjasama Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), penembak berlesen dan penduduk tempatan.


“Pada Operasi kali ini yang bermula jam 1 pagi hingga 4 pagi, ia membabitkan tiga kawasan iaitu di Sebatu, Jasin, Padang Temu dan Seri Bendahara, yang hasilnya tiga ekor babi berjaya ditembak Perhilitan.

“Operasi ini akan diteruskan lagi sebagai langkah pencegahan daripada berlaku sesuatu perkara tidak diingini dalam kalangan penduduk seperti kemalangan dan sebagainya,” katanya kepada pihak media seperti yang dilaporkan oleh Sinar Harian.

Sementara itu, Pengarah Perhilitan Melaka, Noor Zakiah Hanum Mohd Noh berkata, selain operasi menembak pihaknya juga memasang perangkap sebagai usaha menangkap babi hutan namun bilangan perangkap agak terhad dan diletakkan di kawasan tertentu sahaja.

“Kita akan bersama kerajaan negeri untuk membedung masalah tersebut termasuk dengan menggunakan perangkap yang hanya boleh memuatkan seekor babi hutan dalam satu masa,” katanya.

Operasi awal subuh selama tiga jam tersebut melibatkan lebih 10 orang yang diketuai Norhizam termasuk enam kakitangan Perhilitan.

Share artikel ini kepada rakan anda.
Sharing is Caring

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon