Tuesday, February 26, 2019

Pendapatan pelacur lebih lumayan daripada gaji seorang guru! Tapi...

Tags

Semalam, satu sindiket pelacuran yang baru sahaja lima hari beroperasi digempur polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor menerusi Op Noda.

Sekadar gambar hiasan

Dalam serbuan bermula jam 9.30 malam itu, seramai 11 wanita warga asing berusia 20 hingga 30 tahun ditahan kerana disyaki terbabit dalam aktiviti pelacuran di sebuah hotel bajet di Sunway Mentari, Petaling Jaya.

Pegawai Turus D7 Selangor, Deputi Superintendan Mohd Khaizam Ahmad Shahbudin, berkata hasil serbuan pihaknya menahan 10 wanita warga Thailand dan seorang wanita warga Indonesia disyaki menjalankan aktiviti pelacuran di hotel berkenaan. Kesemua wanita berkenaan memasuki negara ini menggunakan pas lawatan sosial yang sah.

Gambar di lokasi. Sumber: astroawani.

Siasatan mendapati kegiatan tidak bermoral ini diiklankan menerusi media sosial serta laman web dan pelanggan yang berminat perlu berhubung dengan ejen menerusi aplikasi Whatsapp.

Pelanggan dikenakan bayaran antara RM230 sehingga RM950 bergantung kepada tempoh masa khidmat seks yang diberikan.

Harga ditawarkan bagi perkhidmatan seks bermula RM230 sejam, manakala pelanggan yang mahu khidmat seks semalaman daripada jam 12 tengah malam sehingga 6 pagi, dikenakan bayaran RM950,'' jelas beliau.

Difahamkan, setiap wanita itu mampu menjana pendapatan lumayan antara RM500 sehingga RM600 sehari, bergantung kepada jumlah pelanggan.

Empat lelaki tempatan berusia 20 hingga 30 tahun dipercayai pelanggan turut ditahan. Selain itu, pihak polis juga merampas kondom dan gel pelincir yang disyaki digunakan bagi kegiatan pelacuran tersebut.

Khaizam berkata, semua pelacur termasuk empat pelanggan terbabit di bawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya untuk siasatan lanjut bagi mengenalpasti dalang utama menguruskan aktiviti pelacuran berkenaan.

Share artikel ini kepada rakan anda.
Sharing is Caring

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon