Tuesday, March 26, 2019

[3 Gambar] Niat nak lakukan hubungan 'threesome' tapi pisau pula menusuk kemaluan

Tags

SIBU – Seorang isteri yang juga pelayan kedai kopi naik minyak sehingga melepaskan geram dengan menikam bahagian alat sulit 'teman seks' suaminya menggunakan pisau sepanjang 22 sentimeter akibat tidak berpuas hati diajak melakukan hubungan seks 'tiga serangkai' (threesome) di Jalan Lajong di sini pada malam Ahad.

Sekkadar gambar hiasan

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit berkata, kejadian pukul 9 malam itu berlaku dalam bilik tidur selepas suspek yang berusia 46 tahun itu berpura-pura setuju untuk melakukan hubungan seks bersama.

Katanya, insiden tersebut berlaku apabila suspek mendapati suaminya, 28, seorang kelindan lori mempunyai hubungan sulit dengan seorang mangsa yang bekerja sebagai tukang cuci.

Menurut Stanley, sebelum kejadian itu suspek berpura-pura memberitahu suaminya bahawa dia boleh membawa perempuan simpanannya berusia 34 tahun ke rumah sewa mereka untuk berbincang mengenai hubungan mereka.

Lokasi kejadian

Katanya, perangkap si isteri menjadi apabila 'orang ketiga' yang dinantikan muncul di rumah.

"Selepas berbincang, mereka bertiga kemudian bersetuju untuk melakukan 'threesome' di dalam bilik yang hanya diterangi cahaya daripada televisyen sahaja," katanya.

Ketika itu, suspek kemudian telah keluar dan memberitahu suaminya bahawa dia mahu membuang air kecil.

Jelasnya lanjut, si suami kemudian melakukan seks dengan mangsa tetapi dia berhenti kerana tidak sedap hati dan berbaring di atas tilam di sebelah mangsa sambil muka menghadap ke arah dinding dan mahu tidur.

"Tiba-tiba, mangsa mengerang sakit dan memberitahu suami suspek dia telah ditikam. Dalam masa yang sama, suspek terus keluar dari bilik dan melarikan diri," katanya.

Tambah Stanley, sebelum kejadian juga, mereka bertiga sempat meminum minuman keras.

Mengulas lanjut, Stanley memberitahu, suaminya yang panik dengan kejadian itu segera keluar dan meminta bantuan abangnya yang berada di dapur untuk mengejar suspek.

"Si suami dan abangnya berjaya menangkap suspek tidak jauh dari rumah dan dibawa pulang sehingga pihak polis yang dihubungi tiba sekitar pukul 9.30 malam," ujarnya.

Suspek kemudian ditahan dan dibawa ke Balai Polis Sentral bersama si suami untuk tindakan dan siasatan lanjut.

Mangsa

Mangsa

Siasatan awal polis mendapati suspek dan suaminya hanya berkahwin secara adat Iban dan tiada dokumen sah.

"Mereka telah tinggal bersama selama tujuh tahun dan tidak mempunyai anak manakala mangsa mempunyai suami yang bekerja di kem pembalakan di Kepulauan Solomon dan mempunyai empat orang anak, kesemuanya ditinggal di kampung," jelasnya lanjut.

Difahamkan, mangsa kini sedang menerima rawatan dilaporkan stabil dan akan menjalani pembedahan.

Buat masa ini, motif kejadian adalah disebabkan dendam dan cemburu kerana suspek sudah lama mengetahui suaminya menjalinkan hubungan sulit dengan mangsa.

Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan parah menggunakan senjata.

Kongsi artikel ini kepada rakan anda.
Sharing is Caring

Artikel Terkait

This Is The Newest Post


EmoticonEmoticon