Tuesday, March 19, 2019

Adun BN minta kerajaan PAS Kelantan buka pawagam berkonsepkan patuh syariah

Seorang ADUN Kelantan, Mohd Syahbuddin Hashim (BN-Galas) meminta kerajaan Kelantan yang ditadbir oleh PAS membenarkan panggung wayang (pawagam) dibuka dan beroperasi semula di negeri tersebut setelah diarah tutup hampir 30 tahun oleh kerajaan negeri.

Adakah mungkin?

Syahbuddin berkata, kerajaan negeri boleh membuka pawagam berkonsepkan patuh syariah yang dikawal sepenuhnya.

"Ketika ini rakyat Kelantan yang mahu menonton filem perlu ke Terengganu, negeri paling dekat yang mempunyai panggung wayang.

"Kalau Terengganu membenarkan perkara itu (membuka panggung wayang) saya ingin mencadangkan agar panggung wayang di negeri ini dibuka semula," katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V pada persidangan Dewan Undangan Negeri di Kompleks Kota Darul Naim hari ini.

Sebagai rekod, kali terakhir pawagam beroperasi di Kelantan ialah sebelum PAS mengambil alih negeri tersebut daripada BN pada tahun 1990 iaitu Panggung Lido yang terletak di Jalan Post Office Lama, Kota Bharu.

Apa pandangan anda?

Kongsi artikel ini kepada rakan anda.
Sharing is Caring

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon