Monday, March 18, 2019

Akhirnya Jufazli 'Checkmate' meraung seperti pondan, ini kata exco pemuda UMNO

Tags

Baru-baru ini tular facebook live aktivis lantang Jufazli Shi Ahmad ditahan polis pada jam 3 pagi di kediaman beliau.

Penahanan tersebut sudah pasti mendapat pelbagai reaksi daripada netizen termasuk ahli politik.

Tidak terkecuali seorang Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Shahrul Nasrun turut menaikkan status pada akaun facebooknya berkenaan isu penahanan Jufazli.

Sila baca.

Status Shahrul Nasrun

HABIS MADU PH SEDUT KINI MEREKA TIDAK MENGAKU JUFAZLI KAWAN

Hari ini saya banyak masa, saya tengok ramai juga yang komen mengenai penahanan Jufazli, seorang pemuda gila dari Sabah.

Bagi saya, Jufazli ini pemuda yang mahu cepat naik dan sekadar nak cari makan dalam politik.

Dulu kononnya mahu lawan rejim UMNO serta Musa Aman lalu bertindak menyertai parti DAP pada 6 Jun 2017.

Selepas sertai dan menjadi ahli parti DAP, dia dilantik sebagai Setiausaha Politik, penasihat DAP Sabah, Datuk Jimmy Wong.

Ketika PRU14, berang tidak dinamakan sebagai calon DAP, dia bertanding sebagai calon bebas melawan DAP di kerusi DUN Tanjung Papat.

Selepas kalah lawan DAP di Tanjung Papat, dia tiada kerja tetapi kerana PH telah menguasai Kerajaan Pusat.

Jufazli tunjuk dirinya sokong Tun Dr. Mahathir, siang dan malam dia buat fitnah dan serangan ke atas DS Najib Razak dan DS Zahid Hamidi.

Tetapi tindakan itu tidak berjaya menarik minat seorang pun pemimpin Bersatu semenanjung untuk mengambil dia bekerja.

Lalu dia bertindak menyerang Tun Dr. Mahathir dengan memberi sokongan terbuka kepada DS Anwar Ibrahim.

Harapan dia, menyerang Tun Dr. Mahathir pasti menarik minat DS Anwar Ibrahim. Peluang dia diambil bekerja dalam team DS Anwar Ibrahim akan lebih terbuka.

Namun malang nasib Jufazli, kerja tidak dapat tetapi bakal mendapat beberapa pertuduhan.

Kini Jufazli ditahan dan esok bakal dibawa ke mahkamah dan mendapatkan perintah tahanan reman.

Namun kenalan Jufazli di dalam parti PH tidak mengaku Jufazli kawan mereka. Kalau dahulu Syed Saddiq mengutuk PDRM kerana tahan Jufazli.

Sekarang Syed Saddiq membisu, tertelan biji nangka, seolah-olah dia langsung tidak kenal Jufazli.

Manakala DAP Sabah pula menafikan Jufazli pernah menjadi ahli DAP. Sedih sungguh kisah Jufazli.

Sekarang diri di dalam lokap, pasti toleh ke kiri nampak kawan sedang berak, toleh ke kanan kawan sedang mandi telanjang.

Toleh ke atas hanya nampak siling, toleh depan nampak kawan sedap gulung 'habuk'.

PH tidak bertanya khabar, smartphone dan Wifi pula tiada, apatah lagi mahu live FB. Tergamak PH dan DAP, habis madu Jufazli mereka sedut kemudian ditinggalkan terkapai.

Kesimpulan, pagi petang siang malam buat live maki semua pihak semata-mata untuk menarik perhatian PH semenanjung supaya mengambil dia bekerja.

Selepas dia buat live Polis serbu rumah konon dia tidak takut ditangkap. Akhir sekali tahu pula meraung dan menangis supaya Polis tidak menahannya.

Dulu mungkin hebat kerana rakan dalam politik, sekarang Jufazli tiada apa-apa. Kisah Jufazli wajar dijadikan pengajaran.

Kalau diri tidak mampu berjuang bersendirian usahlah kita mencabar mana-mana pihak.

Kalau berani membuat cabaran jangan tiba-tiba meraung seperti pondan.

Checkmate!
Checkmate!
Checkmate molek!!

Foto: Shahrul Nasrun

Shahrul Nasrun juga turut kongsikan rakaman video situasi yang berlaku selepas Jufazli berhenti siaran Live FB di malam anggota polis berada di rumahnya.

"No...No I want to fight now, I'm not waiting for court, aku kata lepaskan aku... Allahuakhbar, Ya Allah Ya Tuhanku.."

Ini adalah rintihan Jufazli yang berani, lantang, garang, gedeber dalam setiap siaran Live FB.

Checkmate!
Checkmate!!!
Checkmate Molek!!

Tonton sendiri rakaman video Jufazli meraung ditahan polis!



Kongsi artikel ini kepada rakan anda.
Sharing is Caring

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon