Friday, March 22, 2019

Bebas dari tahanan, Jufazli 'Checkmate' minta sumbangan untuk lawan Mahathir

Tags

Selepas bebas daripada tahanan reman, Jufazli atau lebih dikenali sebagai Juju Checkmate tidak mengambil masa lama untuk terus "membelasah" perdana menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Juju lawan Tun M

Berikut adalah kenyataan rasmi Jufazli melalui akaun facbooknya Jufazli Shi Ahmad.

KENYATAAN RASMI: SAYA BEBAS & SAYA MENANG MELAWAN MAHATHIR MOHAMAD

Bismillah....

Atas Nama Allah Yang Berkuasa,
Saya Jufazli Shi Ahmad secara rasmi telah bebas atas bantuan 3 Peguam Utama Saya iaitu Tuan Syed Amirul Syed Idrus, Tuan M Visvanathan dan Tuan Rajsurian Pilai di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini yang berjaya menolak permohonan tambahan reman politik 4 hari oleh Polis-Polis Mahathir Mohamad.

Tuan-tuan dan puan-puan,
Saya tetap menganggap tangkapan PDRM adalah atas arahan politik kerajaan Mahathir Mohamad yang cuba mendiamkan suara lantang saya mengkritik skandal korupsi mega dan salah guna kuasa beliau sebagai Perdana Menteri dalam negara Malaysia.
Saya juga menganggap tangkapan oleh Mahathir Mohamad ke atas saya bermula jam 3.00 Pagi (16 March 2019-Sabtu) adalah satu "Penculikan Politik" yang wajar saya kecam kerana sejak 16 March 2019 (10 Pagi) sehingga 20 March 2019 (12 Tengah Hari), Polis-Polis Mahathir tidak membenarkan saya berjumpa dengan keluarga saya dan peguam-peguam yang saya lantik dalam kes ini.

Barisan peguam Jufazli

Oleh hal demikian,
Saya dan Peguam-Peguam saya merancang untuk mengeluarkan saman sivil sebanyak RM 2 Juta kepada pihak kerajaan Mahathir Mohamad, Polis-Polis Mahathir, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Dalam Negeri kerana menafikan hak asasi saya melantik Peguam dalam tangkapan politik ini.
Rakyat Malaysia boleh memberi sumbangan bagi menampung kos guaman saya sebanyak RM 50 Ribu ke akaun peribadi saya bagi menjayakan saman sivil RM 2 Juta kepada kerajaan Mahathir Mohamad:-

Akaun: Maybank
Nombor Akaun: 160027329567
Nama: Jufazli Shi Ahmad
No. WhatsApp: 011-60602676

Kepada Peguam-Peguam saya, rakyat Malaysia, peminat dan penyokong saya seluruh Malaysia, Parti Sosialis Malaysia (PSM), para aktivis, para Menteri dan pemimpin, wartawan media arus perdana dan wartawan media alternatif,
Jutaan terima kasih di atas solidariti, sokongan, doa dan laporan berita benar tentang kes tangkapan politik ini.

Saya juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada Mahathir Mohamad kerana menangkap saya secara politik sehingga saya semakin popular dan dikenali di seluruh negara.
Jutaan terima kasih juga Mahathir Mohamad bebaskan saya hari ini setelah akur dengan desakan orang awam dan Peguam-Peguam saya.
Keberanian mengkritik mana-mana Perdana Menteri adalah bukan jenayah dan bukan penghinaan.
Keberanian membongkarkan skandal rasuah besar Perdana Menteri bukan jenayah dan bukan penghinaan.
Sebaliknya semua ini adalah kebenaran yang dijunjung di bawah Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

Kesimpulannya,
Sebagai rakyat dan sebagai Penganalisis Politik Bebas,
Saya ingin menzahirkan rasa bangga kerana ditangkap oleh Mahathir Mohamad.
Ia membuktikan suara rakyat kekal berbisa dan boleh menggulingkan kuasa mana-mana pemimpin diktator di dunia ini.

Akhir sekali,
Saya menang melawan Mahathir Mohamad dan saya bebas sebagai rakyat.

TATAP TERUS HIDUP SUARA RAKYAT WALAUPUN KITA DIPENJARA & DIBUNUH.

CHECKMATE HABIS!

Yang Benar & Yang Paling Berani,

JUFAZLI SHI AHMAD
HERO BARU MALAYSIA BARU,
PENYELIDIK & PENGANALISIS POLITIK BEBAS,
KELULUSAN MASTER SAINS POLITIK (UKM-2015)
KELULUSAN SARJANA MUDA SEJARAH (UMS-2012)

Walau bagaimanapun........

Kenyataan rasmi Jufazli itu diserang dan dikecam teruk oleh warganet dalam ruang komen.

Komen warganet

Komen warganet

Komen warganet

Komen warganet

Selain itu, Jufazli juga ditahan semula polis beberapa minit selepas dibebaskan pada hari yang sama di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

“Anak guam saya akhirnya dibebaskan selepas direman 5 hari. Tetapi, 10 minit kemudian, beliau ditahan semula bagi kes berbeza,” kata peguamnya, Syed Amirul Syed Idrus.

Ketika dibebaskan 10 minit

Beliau berkata, pegawai penyiasat dari Bukit Aman memberitahu penahanan kali ke-2 itu ada kaitan dengan video 58 minit yang dirakamkan Jufazli sebelum beliau ditahan pada 16 Mac lalu.

Jufazli ditahan pada 16 Mac lalu, selepas satu laporan polis dibuat terhadapnya kerana beliau mendakwa Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad melakukan pelbagai jenayah, termasuk rasuah, penyalahgunaan kuasa dan membuat pakatan sulit dengan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang serta bekas ketua menteri Sarawak, Taib Mahmud.

Jufazli ditahan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan, iaitu sengaja mengaibkan dengan niat menggugat keamanan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Kongsi artikel ini kepada rakan anda.
Sharing is Caring

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon