Friday, March 1, 2019

Cuaca panas, sekolah diminta hentikan sementara aktiviti luar kelas

CYBERJAYA - Kementerian Pendidikan meminta pihak sekolah agar menghentikan sementara semua aktiviti luar kelas memandangkan cuaca panas pada masa sekarang, kata Menterinya, Maszlee Malik hari ini.

Sekadar gambar hiasan

Beliau berkata, surat peringatan sudah dikeluarkan kepada semua sekolah pada pertengahan bulan Februari lepas.

Beliau difahamkan kebanyakan sekolah yang sepatutnya mengadakan acara sukan tahunan bermula minggu hadapan telah ditangguhkan.

"Kalau waktu panas, kementerian tidak menggalakkan aktiviti luar dan perlu dikurangkan. Selain itu, ibu bapa perlu menggalakkan anak banyak meminum air dan menjaga kesihatan," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Kelab UNESCO dan Model United Nations (MUN) di Sekolah Seri Puteri di sini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan fenomena cuaca panas yang melanda bahagian barat Semenanjung dan Sabah dijangka berterusan hingga akhir Mac ini.

Setakat ini, Maszlee mengesahkan belum ada kes berkaitan strok haba melibatkan pelajar di negara ini. - Bernama

Share artikel ini kepada rakan anda.
Sharing is Caring

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon