Tuesday, March 12, 2019

[5 GAMBAR] Kerana kencing merata, lelaki dijumpai patah paha selepas tiga hari

Tags

BERPANTANG maut sebelum ajal. Itulah nasib dilalui seorang lelaki berusia 35 tahun apabila ditemui terjatuh ke dalam Sungai Pulai Mutiara, Skudai, Johor, petang semalam.

Gambar di lokasi

Pegawai Bomba Kanan II, Balai Bomba dan Penyelamat Skudai, Suraini Adnan berkata, tindakan menyelamatkan mangsa melibatkan sebuah jentera bersama sembilan anggota dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke lokasi kejadian susulan aduan awam diterima pihaknya pada jam 4.41 petang.

"Setibanya di lokasi kejadian didapati seorang lelaki terjatuh di dalam Sungai Pulai Mutiara, Skudai.

"Mangsa mengalami patah pahanya dipercayai akibat terjatuh ketika mahu membuang air kecil di kawasan itu.

"Mangsa mendakwa sudah tiga hari terjatuh di kawasan itu dan tidak berdaya bangun kerana pahanya patah," katanya.

Mangsa bernasib baik kerana ditemui orang awam sebelum kejadian itu dilaporkan kepada anggota bomba dan penyelamat bagi mendapatkan bantuan.

Mangsa yang berjaya dibawa naik ke atas tebing kemudian dihantar ke hospital untuk menerima rawatan.

Terdahulu tular beberapa keping gambar dikongsi Facebook (FB) Balai Bomba dan Penyelamat Skudai mengenai operasi menyelamatkan mangsa lelaki yang terjatuh dan mengalami patah tulang paha selepas bertarung nyawa tiga hari di Sungai Pulai Mutiara, Skudai.

Sumber: BOMBA Skudai

Sumber: BOMBA Skudai


Sumber: BOMBA Skudai

Sumber: BOMBA Skudai

Share artikel ini kepada rakan anda.
Sharing is Caring

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon