Thursday, March 7, 2019

Gaya Gothic: Gereja baru St Peter's Parish bakal jadi mercu tanda penting di Kuching

Tags

KUCHING: Gereja baru St. Peter's Parish yang akan dibina tidak lama lagi di Padungan akan menjadi mercu tanda yang penting di landskap Kuching apabila selesai dibina, kata datuk bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), Datuk James Chan.

Lukisan artis: Gereja St Peter's Parish

Chan mengatakan ini ketika menerima kunjungan kehormat oleh rektor parish, Father Vincent Chin di pejabat datuk bandar itu di bangunan MBKS semalam.

Reka bentuk gereja baru itu berdasarkan seni bina Gothic dengan tingkap kaca berwarna dan akan mempunyai kapasiti memuatkan sekurang-kurangnya 1,500 penyembah pada bila-bila waktu.

Lukisan artis: Gereja St Peter's Parish

Gereja itu dan kawasan luarnya akan mempunyai sebuah dewan serbaguna, pejabat dua tingkat, asrama lapan tingkat, kolabrium dua tingkat, 300 ruang letak kereta dan sebuah plaza.

Catatan: (Diterjemahkan daripada artikel Borneo Post bertajuk, "New St Peter's Church To Be A Prominent Landmark" bertarikh 2 Mac 2019 oleh: domba2domba)

Share artikel ini kepada rakan anda
Sharing is Caring

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon