Friday, March 1, 2019

Jangan jadikan jambatan keretapi sebagai lokasi lepak & wefie. Ini akibatnya...

Tags

TUMPAT - Kegembiraan enam rakan sebaya bergambar di jambatan keretapi di tepi sungai Tok Selehor di Kampung Kok Pasir bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka lemas terjatuh sungai.

Mayat mangsa

Mohd Haikal Firdaus Roslan, 15, dari kampung Haji Merah, Palekbang berdiri atas landasan keretapi dan meminta rakannya merakam gambar.

Sebelum kejadian, mangsa yang juga pelajar Tingkatan Tiga dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampong Laut bersama lima rakannya kira-kira jam 5.15 petang tadi ke lokasi untuk berbual sambil merakam gambar.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Ab Rashid Mat Daud, berkata sejam selepas itu mangsa berdiri di atas landasan kereta api dan meminta seorang rakan mengambil gambarnya.

Lokasi kejadian

"Pada masa yang sama terdengar kereta api hampir melalui landasan itu menyebabkan mangsa panik.

"Mangsa tidak sempat berlari turun dari landasan dan terus terjun ke dalam sungai untuk menyelamatkan diri.

"Rakan mangsa yang lain pula sempat berlari ke tepi landasan untuk menyelamatkan diri," katanya ketika dihubungi pihak media.

Ab Rashid berkata, selepas keretapi melepasi kawasan itu, salah seorang rakannya ke lokasi mangsa terjun.

"Rakannya ternampak tangan mangsa melambai-lambai meminta tolong dan dalam keadaan panik, rakannya terjun untuk menyelamatnya tetapi gagal," katanya.

"Usaha mencari mangsa dilakukan oleh penduduk kampung dan berjaya menarik mangsa naik ke tebing tetapi mangsa sudah meninggal dunia.

" Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tumpat untuk bedah siasat," katanya.

Share artikel ini kepada rakan anda.
Sharing is Caring

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon