Saturday, March 2, 2019

Kelar tangan sendiri, kisah lama wanita yang terjun jambatan Pulau Pinang semalam

Tags

WANITA yang terjun dari Jambatan Pulau Pinang, 6 petang semalam memiliki dua rekod jenayah lampau membabitkan kes dadah di Baling, Kedah.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata, wanita berkenaan kini mendapatkan rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP) dan kesnya akan disiasat mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan kerana cuba membunuh diri dengan cara terjun dari jambatan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Gambar di lokasi kejadian.

Wanita yang beralamat di Karangan, Kedah itu meletakkan motosikalnya di bahu jalan jambatan menghala Georgetown, membuka selipar sebelum terjun.

“Wanita sudah berkahwin itu terjun di Kilometer 6 jambatan menghala ke Georgetown sebelum diselamatkan nelayan dan diserahkan kepada PPM.

“Wanita itu disyaki menghadapi tekanan perasaan disebabkan suaminya ditahan di Batu Gajah, Perak kerana kesalahan mengikut Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) (LLPK) 1985 sejak 2018 selain tidak mempunyai kerja.

“Ibunya berkata pada 5.30 petang tadi (semalam), anak perempuannya itu masih berada di rumah dan meminta izin keluar rumah namun tidak beritahu ke mana," katanya.

Che Zaimani berkata, wanita berkenaan meminta wang RM20 daripada ibunya sebelum dia dikejutkan dengan panggilan telefon memaklumkan gambar anaknya tular di media sosial kerana terjun dari atas Jambatan Pulau Pinang.

Beliau berkata, ibu wanita itu memberitahu polis bahawa anak perempuannya itu pernah mengelar tangan sendiri pada usia 15 tahun kerana berselisih faham dengan teman lelaki ketika di sekolah.

Kejadian yang berlaku petang semalam itu mengundang kesesakan jalan raya yang teruk.

Segelintir pengguna media sosial menyatakan rasa tidak puas hati dan mengecam tindakan wanita berkenaan.

Kebanyakan mereka menyifatkan tindakan wanita itu hanya mementingkan diri sendiri dan menyusahkan orang lain.

“Ketika itu ramai dalam perjalanan pulang dari tempat kerja, dan mereka berhenti di bahu jalan untuk merakam video dan mengambil gambar wanita berkenaan di dalam laut.

“Tindakan mereka menyebabkan trafik menjadi perlahan dari kedua-dua arah,” kata mereka.

Share artikel ini kepada rakan anda.
Sharing is Caring

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon