Thursday, March 14, 2019

Kesemua 111 buah sekolah di Pasir Gudang diarah tutup serta merta, tiada darurat...

Kesemua 111 sekolah di daerah Pasir Gudang, Johor, diarah tutup serta merta hari ini sehingga ke satu tarikh akan diumumkan kelak, kata Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik.

Maszlee dalam satu kenyataan malam ini (semalam), berkata keputusan itu dibuat berdasarkan kepada situasi semasa dan makluman daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri.

Maszlee melawat mangsa. Foto Bernama

“Sehubungan itu, semua murid, guru, kakitangan dan pekerja di sekolah-sekolah berkenaan tidak perlu hadir ke sekolah masing-masing sehingga situasi kembali pulih.

“Pihak Kementerian Pendidikan memohon agar semua pihak mengambil langkah berjaga-jaga dan sentiasa peka dengan arahan pihak berkuasa dari semasa ke semasa,” katanya.

Sejumlah 506 orang dirawat dengan sembilan daripadanya di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultan Ismail (HSI) ekoran pencemaran toksik akibat pembuangan bahan kimia di Sungai Kim Kim di Pasir Gudang, Khamis lalu.

Kes pencemaran toksik yang masuk hari ketujuh hari ini, menyaksikan jumlah kes baharu meningkat apabila pelajar dan murid di beberapa lagi sekolah di sekitar kawasan itu mendapatkan rawatan di Dewan Komuniti Taman Pasir Putih kerana mengalami sesak nafas, loya dan muntah. - Bernama

Share artikel ini kepada rakan anda.
Sharing is Caring

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon