Thursday, March 21, 2019

Kiriman WhatsApp menyebabkan seorang pekerja cuci kereta maut

Tags

Hanya kerana kiriman mesej WhatsApp, seorang lelaki berusia 38 tahun meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Seberang Jaya (HSJ) pada jam 11 pagi semalam selepas dipukul tiga lelaki dalam pergaduhan di kedai cuci kereta di Taman Chai Leng, Perai, Bukit Mertajam pada jam 1.30 tengah hari sehari sebelumnya.

Polis mengambil bahan bukti

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner, Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid yang mengesahkan kejadian tersebut berkata mangsa, S. Gehanathan, 38, dibawa ke HSJ oleh ambulans pada jam 4.30 petang kelmarin selepas majikannya memaklumkan bahawa pekerjanya terbabit dalam kemalangan jalan raya berhampiran kedai mencuci kenderaan miliknya.

"Bagaimanapun, pemeriksaan awal ke atas mayat mangsa mendapati kecederaan dialaminya bukannya disebabkan kemalangan jalan raya," katanya.

Menurutnya lagi, mangsa mengalami kecederaan luka di kepala, muka dan lengan dipercayai dipukul dan siasatan di lokasi yang didakwa berlaku kemalangan itu tidak menunjukkan sebarang kesan atau bukti berlaku kemalangan.

Curiga dengan kesan kecederaan tersebut, pihak polis telah ke lokasi kedai mencuci kenderaan itu dan siasatan ke atas tujuh pekerja termasuk tiga pekerja warga Myanmar mengesahkan mangsa dipukul tiga lelaki termasuk majikannya kerana terdapat perselisihan faham antara mereka.

"Mangsa dikatakan telah mengirim mesej menerusi aplikasi WhatsAap yang mahu menganggu isteri dan keluarga majikannya dan berikutan itu suspek bersama dua lagi rakannya telah menarik mangsa masuk ke pejabat kedai tersebut lalu memukulnya hingga pengsan,” katanya.

Susulan itu polis menahan dua suspek manakala seorang lagi masih dikesan kerana melarikan diri.

Menurutnya, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Kongsi artikel ini kepada rakan anda.
Sharing is Caring

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon