Wednesday, March 6, 2019

'Kita tidak boleh menutup pintu terhadap orang yang ingin datang belajar' - Dr Maszlee

Tags

KERAJAAN tidak boleh menutup pintu kepada kanak-kanak yang ingin belajar kerana semuanya berhak mendapatkan pendidikan.

Dr. Maszlee

Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata, Kementerian Pendidikan mengutamakan kanak-kanak dan berpegang kepada pendidikan untuk semua.

“Kita tidak boleh menutup pintu terhadap orang yang ingin datang belajar. Bagi kita semua anak-anak berhak mendapat pelajaran, itu sebahagian daripada hak asasi mereka.

“Kita akan memastikan bahawa setiap anak-anak akan mendapat akses kepada pendidikan yang berkualiti kerana itu merupakan tanggungjawab bagi Kementerian Pendidikan.

“Kita akan cuba memastikan bahawa tidak ada lagi kanak-kanak yang tercicir daripada sekolah kerana kita meyakini bahawa pendidikan adalah hak bagi setiap anak dan kita ingin setiap anak-anak di Malaysia mendapat pendidikan berkualiti,” katanya ketika ditanya kemungkinan ada ibu bapa yang tidak mengambil vaksin kepada anak akan terjejas peluang untuk mendapat pendidikan.

Beliau bercakap pada sidang media selepas merasmikan Putra Future Classroom di Universiti Putra Malaysia (UPM) di Serdang, semalam. -Sumber: MyMetro

Share artikel ini kepada rakan anda
Sharing is Caring

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon