Sunday, March 3, 2019

Kopi Taik Musang vs Kopi Taik Gajah: Mana yang lebih mahal dan sedap?

Tahukah anda bahawa kopi merupakan minuman harian antara yang paling mahal di dunia? Tidak lama dulu tular isu halal haram kopi luwak dari taik musang. Kini tular pula kopi black ivory dari taik gajah.

Sekiranya anda seorang penggemar kopi, sila baca artikel ini hingga habis.

Mana lagi mahal dan sedap?

Kopi Taik Musang @ Kopi Luwak

Sejenis kopi yang berasal dari Indonesia. Kopi luwak ini diperolehi daripada najis 'musang kelapa' atau lebih dikenali sebagai 'luwak''. Luwak ini akan memakan biji kopi, menghadamnya sebelum mengeluarkannya semula dalam bentuk najis. Biji-biji kopi yang keluar bersama najisnya itu akan dibersihkan sebelum dibancuh menjadi minuman kopi luwak.

Musang @ luwak

Luwak merupakan binatang berekor panjang, berbulu dan mempunyai rupa seakan-akan raccoon. Haiwan ini banyak terdapat di Asia Tenggara dan merupakan sejenis haiwan nokturnal, iaitu haiwan yang aktif pada waktu malam. Makanan utamanya adalah buah-buahan dan biji-bijian.

Pungut taik luwak. Gambar: Kompas

Salah satu makanan kegemaran binatang luwak ini adalah biji kopi. Ianya tidak makan sebarangan biji kopi sebaliknya hanya akan makan biji kopi yang terbaik sahaja untuk dimakan. Kerana biji kopi ini tidak mampu dihadam olehnya, biji kopi ini kemudiannya akan keluar bersama najisnya. Dalam bahasa mudahnya, biji kopi yang keluar bersama-sama najis luwak adalah biji kopi terbaik yang dipilihnya.


Taik luwak liar. Gambar: Kopi Gayo

Selain itu, enzim pencernaan dalam badan luwak dikatakan berupaya mengubah struktur protein dalam biji kopi yang akan menjadikannya kurang berasid, seterusnya akan menghasilkan kopi yang kurang berasid dan mempunyai rasa dan aroma yang unik.

Kopi Taik Gajah @ Black Ivory

Kopi ‘Black Ivory’ ini terhasil daripada hasil pencernaan najis binatang yang terkenal di Thailand iaitu gajah. Ia mula diperkenalkan oleh Anantara, sebuah hotel di Thailand.

Taik Gajah

Kajian yang dilakukan mendapati enzim yang dihasilkan oleh tahi gajah mengandungi protein sekaligus menjadikan ianya biji kopi paling berkualiti dan disebabkan itu harganya sangat mahal.

Asalnya kopi Black Ivory

Untuk memproses biji kopi tersebut, gajah-gajah perlu diberi makan 33 kilogram biji kopi untuk menghasilkan sekilo serbuk kopi.

Najis atau tahinya akan segera dikutip dan kopi di dalam tahi gajah tadi akan segera dibersihkan sebelum diproses menjadi serbuk kopi.


Proses yang sukar. Gambar: Vitdaily

Rasanya mana yang lebih mahal dan sedap?

Ini dia anggaran harga Kopi Taik Musang dan Kopi Taik Gajah;

Kopi Taik Musang: Kopi luwak asli yang dihasilkan dari najis luwak liar sangat sukar ditemui. Harga boleh mencecah sehingga RM300 hingga RM400 untuk satu cawan kopi.

Kopi Taik Gajah: Disebabkan penghasilan pemprosesannya yang rumit ia juga dijual pada harga kira-kira AS $1,100 (RM4,840) untuk setiap kilogram. Untuk secawan kopi pula berharga AS $50 (RM220).

Nikmati aromanya...

Sanggupkah anda mencubanya untuk menilai mana satu yang lebih sedap?

Share artikel ini kepada rakan anda.
Sharing is Caring

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon