Monday, March 11, 2019

Menteri cantik manis ini akhirnya menamatkan zaman bujangnya pada usia 36 tahun

Tags

MENTERI Tenaga, Sains, Teknologi, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar, Yeo Bee Yin yang juga merupakan ahli parlimen Bakri melangsungkan perkahwinan dengan ketua pegawai eksekutif IOI Properties Group Bhd Lee Yeow Seng dalam satu majlis di sini hari ini.

Lee & Yeo

Upacara pendaftaran perkahwinan mereka diadakan di sebuah hotel di sini, yang juga sebahagian daripada IOI Properties, pada tengah hari tadi dengan dihadiri saudara-mara terdekat termasuk ibu bapa masing-masing.

Lee, 40, merupakan anak bongsu kepada jutawan Tan Sri Lee Shin Cheng.

Upacara pendaftaran perkahwinan

Majlis makan malam sempena perkahwinan mereka akan diadakan di Le Meridien Putrajaya pada 29 Mac.

Semoga pasangan ini bahagia hingga ke anak cucu dan cicit.

Share artikel ini kepada rakan anda.
Sharing is Caring

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon