Monday, March 11, 2019

Motosikal tersangkut di kabel elektrik akibat kemalangan, rupanya P. Ramlee dah buat babak ni...

Tags

SATU kemalangan jalan raya di negara jiran bagaikan babak dalam drama Seniman Bujang Lapok, dimana aktor S Shamsuddin telah membuatkan sebuah motosikal 'terbang' lalu tersangkut di atas bumbung rumah.

Babak itu menjadi realiti dalam satu kemalangan yang berlaku di Kap Choeng, Wilayah Surin, Thailand membabitkan sebuah pacuan empat roda dan sebuah motosikal jenis Honda.

Agak luar biasa!

Menurut laporan Bangkokpost, punca kemalangan itu berlaku setelah penunggang motosikal melawan arus sebelum bertembung dengan pacuan empat roda yang dinaiki lima penumpang termasuk pemandu.

Impak insiden itu mengakibatkan motosikal tercampak setinggi 10 meter dari lokasi kemalangan dan tersangkut di kabel elektrik.

Empat mangsa dikenalpasti iaitu, Chatchai Wongcharoen, Peerapat Wongcharoen, Surasak Soodtong dan Detnarong Phumblee.

Kesemua mereka dikejarkan ke hospital dan polis masih menyiasat punca kemalangan.

Insiden itu juga tular di media sosial hingga mencetuskan persoalan dalam kalangan netizen bagaimana sebuah motosikal boleh tersangkut di kabel elektrik setinggi 10 meter.

Seorang netizen, Rat69, seakan bergurau bertanya; "ada sesiapa mampu lakukan seperti itu? -Sumber: Bangkokpost/ SinarHarian

Share artikel ini kepada rakan anda.
Sharing is Caring

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon