Wednesday, March 20, 2019

Neelofa nafi jadi punca kepada masalah rumah tangga kakaknya

Tags

"Saya sayangkan kakak dan anak saudara saya. Tuduhan itu tidak masuk akal langsung. Daripada membuat spekulasi yang tidak betul, saya harap semua pihak boleh mendoakan yang terbaik buat mereka."

Neelofa

Itulah jawapan Noor Neelofa Mohd Noor yang terkenal sebagai seorang pelakon dan pengacara berusia 30 tahun ketika menjawab dakwaan warganet yang kononnya dia menjadi antara punca masalah rumah tangga kakaknya, Noor Nabila dan abang iparnya, Sharnaaz Ahmad.

Masalah rumah tangga membabitkan Sharnaaz dan Nabila mula menjadi perhatian warganet selepas aktor yang popular dengan drama Jebat itu dilihat berkongsi beberapa luahan hatinya di Instagram.

Sharnaaz & Nabila

Desas-desus itu dikuatkan lagi apabila kedua-duanya tidak lagi mengikuti Instagram masing-masing dan memuat naik gambar bersama.

Neelofa-Nabila-Sharnaaz

Nama Neelofa mula disebut-sebut sebagai punca masalah selepas dia dilihat meninggalkan komen di Instagram kakaknya yang seolah-olah menyindir Sharnaaz.

Sebelum ini, Sharnaaz dan Nabila mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata bernama Jebat Jayden Ahmad, yang kini berusia lapan bulan.

Sharnaaz & Jebat

Kongsi artikel ini kepada rakan anda.
Sharing is Caring

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon