Tuesday, March 12, 2019

Pelajar tingkatan satu panjat bumbung sekolah cuba bunuh diri kerana cinta tak....

Tags

SEBUAH sekolah menengah di Banting mengalami saat mencemaskan apabila seorang pelajar lelaki berusia 13 tahun cuba membunuh diri dengan memanjat dan berjalan di atas bumbung sekolah dipercayai akibat masalah percintaan, hari ini.

Jangan kau tolak cintaku!

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan telefon daripada pengurusan sekolah berkenaan.

“Selepas dipujuk hampir 30 minit, pelajar Tingkatan Satu itu berjaya diselamatkan dengan bantuan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan bomba.

“Mangsa hanya cedera ringan di lengannya ketika proses menyelamat dan dibawa ke Hospital Banting untuk menerima rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di Banting.

Mendapat rawatan di hospital

Siasatan awal mendapati pelajar itu mengaku cuba membunuh diri kerana kecewa cintanya ditolak oleh seorang pelajar perempuan yang sebaya dengannya.

“Mangsa memaklumkan dia ada berjumpa dengan pelajar perempuan itu semalam dan meluahkan perasaan cintanya namun ditolak.

“Ia berikutan pelajar perempuan itu meminati seorang pelajar lelaki lain. Ia kemudian mengakibatkan mangsa berputus asa dan mengambil keputusan untuk membunuh diri. Satu nota yang menjelaskan tujuannya itu turut ditulis mangsa,” katanya.

Nota bunuh diri

Mangsa disifatkan seorang pelajar yang baik dan pendiam selain tiada masalah disiplin.

Share artikel ini kepada rakan anda.
Sharing is Caring

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon