Monday, March 4, 2019

Pemandu Grabcar hampir dirogol penumpang bersenjatakan pisau

Tags

Seorang pemandu Grabcar wanita berdepan detik mencemaskan apabila seorang penumpang lelaki bersenjatakan pisau cuba merogolnya di kawasan gelap berhampiran Kondominium KOI Prima, Taman Mas, Puchong, pada jam 5.36 pagi semalam (03/03/2019).

Sekadar gambar hiasan

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman berkata, mangsa mengambil penumpang lelaki tersebut di sebuah stesen minyak di Hentian Rehat dan Rawat (RNR) Awan Besar di Lebuhraya Shah Alam (KESAS).

Katanya, ketika berada di satu kawasan gelap berhampiran kondominium berkenaan, suspek yang duduk di bahagian penumpang belakang mengacukan sebilah pisau pada pinggang kanan mangsa.

“Suspek menyuruh mangsa berdiam diri sebelum menekup mulut mangsa dan kemudian mengacu pisau pada bahagian leher.

“Selepas itu, suspek kemudian melompat dari tempat duduk belakang ke bahagian penumpang hadapan sebelum mencium muka serta meraba dada mangsa,” katanya ketika dihubungi pihak media semalam.

Azizan berkata, suspek kemudian cuba membuka seluar menyebabkan mangsa melawan dan lari keluar dari Proton Saga dipandu.

“Ketika itu terdapat sebuah teksi melalui laluan berkenaan dan suspek melarikan diri apabila mangsa menjerit meminta tolong.

“Susulan kejadian, mangsa membuat laporan di Balai Polis Putra Perdana jam 7.15 pagi,” katanya.

Berdasarkan laporan yang dibuat mangsa, polis kini sedang memburu suspek yang berusia lingkungan 20-an.

Kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.

Share artikel ini kepada rakan anda.
Sharing is Caring

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon