Sunday, March 10, 2019

Pemuda serang masjid kena 40 tahun penjara buat rayuan...

Tags

SEORANG lelaki Kanada yang dijatuhkan hukuman penjara 40 tahun dengan kemungkinan tanpa parol selepas dia melepaskan tembakan terhadap 40 lelaki dan empat kanak-kanak sehingga menyebabkan enam mati dan lima lagi parah di masjid Quebec pada 29 Januari 2017, memfailkan rayuan di mahkamah.

Alexandre Bissonnette

Menerusi laporan AFP, dalam rayuannya, peguam Alexandre Bissonnette berkata, Hakim Francois Hout menjatuhkan hukuman yang menyalahi undang-undang, tidak munasabah dan tidak dinyatakan dalam hukuman penjara 40 tahun itu sebelum layak untuk diberi parol, lapor Radio-Canada.

Keputusan itu menghalang Bissonnette daripada memohon parol sebelum ulang tahun kelahirannya ke-67.

Sementara itu, presiden masjid Quebec, Boufeldja Benabdallah menganggap hukuman 40 tahun itu adalah terlalu ringan.

Pendakwaan sebelum ini memohon hukuman 150 tahun penjara yang dianggap oleh hakim terbabit sebagai permintaan yang tidak munasabah dan melanggar perlembagaan.

Pada 8 Februari lalu, Bissonnette dihukum penjara seumur hidup atas tindakannya menyerang masjid tersebut sehingga menyebabkan kematian.

Share artikel ini kepada rakan anda.
Sharing is Caring

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon