Saturday, March 2, 2019

[RASMI] BN sah rampas kerusi DUN Semenyih daripada PH

Tags

BARISAN NASIONAL (BN) menerusi gabungan UMNO-PAS berjaya merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih selepas menang dengan majoriti 1,914 undi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) hari ini.

Kemenangan BN diraih

Keputusan diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Semenyih, Datuk Mohd. Sayuthi Bakar kira-kira pukul 9.20 malam di Pusat Penjumlahan Undi di Dewan Seri Cempaka, Majlis Perbandaran Kajang, Saujana Impian dekat sini.

Berikut adalah keputusan rasmi PRK DUN Semenyih;

Calon BN (Zakaria Hanafi) : 19,780 undi
Calon PH (Aiman Zainali): 17,866 undi
BEBAS (Kuan Chee Heng): 725 undi
PSM (Nik Aziz Afiq Abdul): 847 undi

Majoriti: 1,914 undi
Undi Rosak: 650 undi
Peratus keluar mengundi: 73.24 peratus


Infografik: Utusan

Kejayaan BN hari ini merupakan kemenangan kedua berturut-turut dalam PRK selepas memenangi PRK Cameron Highlands, 26 Januari lalu.

Kemenangan tersebut disambut meriah oleh Timbalan Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan dan bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Share artikel ini kepada rakan anda.
Sharing is Caring

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon