Saturday, March 16, 2019

Surau hangus terbakar 80 peratus dalam kejadian awal pagi

Tags

SURAU di Kampung Pantai Dalam, Kuala Lumpur, musnah dalam kebakaran kira-kira jam 5 pagi, hari ini.

Semasa Kejadian

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, Nordin Pauzi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.51 pagi.

Menurutnya, susulan itu, sebanyak 35 anggota bersama empat jentera dan tiga van dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pantai, BBP Jalan Hang Tuah serta BBP Seputeh dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, kami mendapati api sedang marak sebelum kebakaran itu berjaya dikawal pada jam 6.28 pagi tadi. Api berjaya dipadam sepenuhnya pada jam 7.18 pagi,” katanya, hari ini.

Keadaan surau selepas kebakaran

Beliau berkata, kebakaran itu menyebabkan surau berkenaan musnah kira-kira 80 peratus.

Selain itu, jurucakap terbabit turut memaklumkan bahawa tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku akibat kebakaran tersebut.

"Punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya.

Share artikel ini kepada rakan anda.
Sharing is Caring

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon