Saturday, March 2, 2019

[Tidak Rasmi] BN TELAH BANGKIT! Rakyat hantar mesej kepada kerajaan PH di Semenyih

Tags

PRK DUN Semenyih yang berlangsung pada hari ini telahpun ada keputusannya walaupun belum diumumkan secara rasmi oleh Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR). Calon Barisan Nasional (BN), Zakaria Hanafi merampas Semenyih dari Pakatan Harapan (PH)!

Calon BN: Zakaria Hanafi

Setakat 8.20 malam ini, calon BN Zakaria Hanafi mendapat 18,864 iaitu kira-kira 49.98 peratus daripada keseluruhan undi.

Jumlah itu adalah lebih separuh daripada keseluruhan undi, berdasarkan peratusan keluar mengundi 73.3 peratus.

Calon Pakatan Harapan Muhammad Aiman Zainali mendapat 17,350 undi.

Dengan kemenangan ini, BN kini mempunyai lima kerusi DUN di Selangor manakala kerusi PH pula berkurangan kepada 50.

Calon-calon PRK DUN Semenyih

Adakah kemenangan ini atas faktor "BOSSKU" yang aktif membeli belah di TESCO Semenyih?

BOSSKU

Atau adakah rakyat sukar untuk percaya bahawa "Bosnia akan bina hospital untuk rakyat Semenyih?"

Bosnia bina hospital

Apapun ini kata 'Uncle Kentang...

"Saya melihat kepada 50 hingga 100 undi (yang diterima). Jangan risaukan saya. Saya sedia kalah besar," katanya.

Apapun tahniah kepada calon BN atas usaha yang cemerlang dan meraih kemenangan dalam PRK DUN Semenyih!

Share artikel ini kepada rakan anda.
Sharing is Caring

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon